![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW7-1jK_f_5RDWN7avlImeTMQViC6SEDGDCNHXkFXaEdYjCzMHxjOqB4eNC9EqDHGr3MNVNW8PFfxx6lG5rHHp6YW2CymAyLnXDrq9pcBGP5pmgNEou9Lk9Ksc0GEnLZyFcQa7LV2GKEk/s200/paper.png)
Pesakit dijangka perlu bayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi
Difahamkan, langkah itu bertujuan memantapkan lagi kualiti
perkhidmatan penjagaan kesihatan negara melalui penetapan kadar siling
bagi bayaran profesional pengamal perubatan, doktor dan pakar, yang
dikenakan kepada pesakit di klinik dan hospital swasta.
Jika diluluskan, orang ramai dijangka perlu membayar antara 20 hingga
30 peratus lebih tinggi daripada caj sekarang selepas kadar itu tidak
dikaji selama kira-kira 10 tahun.
Penetapan bayaran siling baru itu akan dilaksanakan menerusi pindaan
Jadual Ke-13 mengenai Bayaran Profesional, Kemudahan dan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan
Swasta Lain) Peraturan 2006 dan jika diluluskan, seramai kira-kira
7,000 pengamal perubatan swasta akan menikmati bayaran baru untuk
perkhidmatan mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan
cadangan semakan semula bayaran itu, berkata pindaan berkaitan sudah
siap dan menunggu masa untuk dibentang ke Kabinet dalam tempoh dua
hingga tiga minggu lagi.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kadar semakan semula bayaran
profesional dicadangkan Kementerian Kesihatan, sebaliknya memberi
jaminan tidak membebankan rakyat.
Namun, difahamkan kadar kenaikan dua hingga tiga peratus setahun itu
seperti dicadangkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang turut
menyumbang input kepada cadangan semakan semula bayaran itu.
“Pindaan atau semakan semula itu dibuat selepas kementerian mengambil
kira bayaran kepada doktor yang sudah lama tidak dikaji hampir 10
tahun. Memang ada permohonan untuk meningkatkan kadar yuran
profesional terutama di kalangan pengamal perubatan swasta.
“Yuran pakar juga akan dipertimbangkan. Namun, kelulusannya tertakluk
persetujuan Kabinet kerana kita tidak mahu ia membebankan rakyat,
sebaliknya menguntungkan semua pihak dengan kualiti khidmat kesihatan
lebih baik,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas cadangan semakan semula bayaran profesional bakal
dilaksanakan tidak lama lagi selepas kali terakhir kerajaan mengkaji
bayaran itu pada 2002.
Ketika ini kadar bayaran profesional bagi doktor dan pakar perubatan
dikawal dan ditetapkan kementerian yang perlu dipatuhi setiap pengamal
perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
Justeru itu amatlah digalakkan supaya setiap rakyat Malaysia mempunyai
perlindungan insuran perubatan. Jika anda mahu tahu syarikat insuran yg
paling hebat dalam penawaran kad perubatan boleh rujuk sini.